Kerjaya Senior Azmi Mahmud

Sebaik sahaja tamat persekolahan, Azmi mula bermain untuk pasukan Kedah dalam pertandingan Piala Presiden pada 1986 hingga 1988.Beliau menjadi tumpuan peminat sukan tanahair setelah pasukan Kedah berjaya menumpaskan pasukan Singapura dalam pertandingan akhir Piala Malaysia pada 15 Disember 1990. Pada 1990 Azmi menerima Pingat Jaksa Kebaktian yang dikurniakan oleh Sultan Kedah. [2]